Perlawanan Persahabatan Bola Jaring

Pada 30.3.2012 , satu perlawanan persahabatan bola jaring antara SMK TAMAN DESA dan SMK TAMAN DESA 2 telah diadakan :)


Sedesa tidak bernasib baik kerana telah kalah , 7-12 pada perlawanan tersebut . 
Tak apa .  "Friendly Match" je :) 


wahh terbang 



semua tetap ceria setelah penat bermain.
MErah : SEDESARIAN
Kuning : TAMAN DESA 2 



SEJARAH PENUBUHAN PPDA SMK TAMAN DESA, RAWANG.


Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim Lencana AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAD pada tahun 2002 sehingga sekarang iaitu daripada awal sekolah ini dibuka.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian maklumat dan menyediakan buku skrap.

Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23) . Pelaksanaan Program 5 Minit AntiDadah di sekolah.Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru,pelajar atau penceramah undangan akan meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada awrga sekolah berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya

Pada tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah. Maka bilik sumber PPDa di sekolah ini telah ditubuhkan di tingkat 3, blok C. Bilik sumber ini mempunyai keluasan 30 kaki X 80 kaki. Bilik ini asalnya adalah bengkel kejuruteraan. Namun telah diserahkan pada unit bimbingan dan kaunseling untuk dijadikan bilik sumber PPDa SMK Taman Desa. Bilik ini telah diubahsuai dan akhirnya telah berjaya dijadikan bilik sumber PPDa untuk kegunaan seluruh warga sekolah.

Berlandaskan kempen perangi dadah dan visi, misi PPDa Sekolah Bebas Dadah 2012, pihak pentadbir sekolah telah bangkit untuk mewujudkan sudut dan lorong PPDa bagi mendidik seluruh warga sekolah ini berkaitan bahaya dadah. Jawatankuasa khas telah diwujudkan dan perancangan yang lebih teliti telah diatur untuk menjayakan program PPDa diseluruh kawasan sekolah. Program-program ini berterusan hingga hari ini.

Sekolah Memacu Kecemerlangan Tanpa Dadah


Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP